Jumaat, 22 Mac 2013

Sains Pemikiran dan Etika ( Fahaman Pemikiran & Etika )



                                  RUMUSAN 

Sekularisme = 1 ideologi yang mencakupi skop fahaman dan perbincangan yang sangat luas.

Matlamat Sekularisme - Untuk melahirkan idea dan nilai sekular dalam jiwa setiap individu, masyarakat dan mendaulatkan negara sekular.

DEFINISI SEKULAR  

  • Sumber asal sekularisme ialah sekular ( berasal dari perkataan Latin " Saeculum ")
  • Saeculum ialah masa dan tempat.
  • ST EDMUND 1290 : Sekular bertujuan melahirkan kehidupan tidak beragama, bukan beragama atau tidak kudus.
  • DONALD, TYLERMAN, 1970 : Sekularisme sebagai humanisme
  • THE ENCYCLOPEDIA AMERICANA, JILID 24 : Sekularisme ialah suatu sistem tatasusila yang didasarkan kepada prinsip-prinsip moral sejagat dan terlepas dari ajaran agama atau alam ghaib.
  • GEORGE JACOB HOLYOAKE : Sekularisme ialah melakukan suatu perkara yang berkaitan dengan urusan hidup dan tidak ada kaitan dengan perkara spiritual dan metafizik ( Martin H. Manser, 1988 & T.T Clark, 1920 ) 
NEGARA SEKULAR
- Gagasan negara yng menerima anutan fahaman sekular bagi negara tersebut.
- Definisi negara sekular = kepercayaan yang mendalam terhadap pengasingan antara gereja dan negara serta menghalang pendidikan agama diajar pada peringkat sekolah   


KEMUNCULAN TEORI CHARLES DARWIN

* Charles Darwin (ahli biologi berbangsa Inggeris) mula mempelajari bidang perubatan dan agama.
* Beliau tiada keinginan untuk mendalami bidang perubatan mahupun agama.
* Beliau mengikut sebuah kapal untuk menerokai lautan dan daratan selama beberapa tahun.
* Beliau melahirkan teori Evolusi Spesies 
* Memaparkan beberapa ciri jiwa manusia (menggambar, membayang, dan merenung) 
* Doktrin dasar Darwinisme menyatakan makhluk hidup muncul dengan sendiri secara spontan akibat peristiwa kebetulan.

PRINSIP-PRINSIP SEKULAR
1) Meningkatkan penguasaan kebendaan dalam kalangan umat manusia 
2) Berpendapat hanya perjuangan kebendaan sahaja yang memberi jaminan baik untuk mencapai kehidupan yang bebas dan selamat.
3) Sekular mengamalkan prinsip moral yang liberal bagi membolehkan manusia mencapai matlamat sendiri.
UTILITARIAN = Prinsip sekularisme yang membawa idea apa yang perlu dan patut diusahakan oleh manusia ialah perkara yang berguna dari aspek kebendaan.


KAEDAH PENYEBARAN FAHAMAN SEKULARISME

1) Penyebaran sekularisme melalui pendidikan
     a. Menghantar pelajar ke negara luar untuk melanjutkan pelajaran
     b. Menghapuskan pelajaran agama atas nama pendidikan
     c. Memperkenalkan Institusi Pendidikan Asing di negara-negara Islam
     d. Pergaulan bebas
2) Penyebaran sekularisme melalui media massa
3) Penyebaran sekularisme melalui undang-undang

MANPOWER

- Jika manusia dapat menggunakan akalnya dengan betul dan bijaksana, dia akan membentuk nilai-nilai moral yang baik.
- Jika manusia menggunakan akal dengan cara yang tidak bijaksana, dia akan membentuk nilai-nilai yang kurang memuaskan.
- Kelemahan manusia bercita-cita tinggi : 1) prinsip ini tidak realistik 2) menggalakkan manusia mencari kebendaan semata-mata 3) status moral tidak lagi penting.
- Manusia perlu memaksimumkan daya usahanya untuk meningkatkan daya pengeluaran semaksimum mungkin agar tinggi pendapatan mereka sebagai media pertukaran untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan dalam usaha memaksimumkan kepenggunaan mereka.

LIBERALISME

Definisi : Falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi. Liberalismre menekankan hak-hak peribadi dan kesamarataan peluang.

@ Aliran liberalisme adalah lanjutan dari zaman Renaissance di Itali ( Zaman Kebangkitan ) yang berlaku di Eropah.
@ Liberalisme ( dari sudut agama ), bermula dari gerakan seorang tokoh iaitu Martin Luther. Beliau adalah tokoh protestan yang menentang penindasan dan keganasan gereja katolik sebelum zaman Renaissance.
@ Liberalisme ( dari sudut politik ), seseorang itu adalah asas undang-undang dan masyarakat.
@ Liberalisme ( dari sudut ekonomi ), memperjuang kapitalisme Laisesez faire yang mahu membuang semua halangan terhadap perdagangan dan memberhentikan semua kemudahan yang diberi oleh kerajaan seperti subsidi dan monopoli.

MODENISME
= Proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat.
- Menekankan kuasa manusia mencipta, membaiki dan membentuk semula persekitaran mereka dengan bantuan sains, teknologi dan ujikaji praktikal.

HUMANISME
- Menganggap bahawa manusiavadalah pusat segala-galanya dan manusia itulah Tuhan yang Maha Agong.
- Sifat fahaman Humanisme:
# Pencampuran bebas
# Penggunaan istilah-istilah yang mengelirukan
# Penukaran peranan antara lelaki dan perempuan
# Gerakan pembebasan wanita
# Kaunseling berkelompok
# Pendidikan seks

          

Tiada ulasan:

Catat Ulasan